suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Wanita Ditemui Terapung

KUANTAN: Mayat seorang wanita berusia lingkungan 40-an ditemui di Sungai Lubuk Paku di Kampung Mentenam, Maran, pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A. Hamid berkata polis menerima maklumat tentang penemuan mayat berkenaan kira-kira 8.50 pagi.

Katanya mayat wanita tanpa identiti itu ditemui lengkap berpakaian, berdekatan sangkar ikan di dalam sungai itu oleh orang awam.

Sulaiman berkata tiada kesan kecederaan ditemui dan dipercayai mayat mangsa sudah terbiar antara empat dan lima hari lepas.

"Mayat terbabit kini dihantar ke Hospital Maran dan dijangka bedah siasat akan dijalankan pada pagi esok," katanya.

Beliau meminta sesiapa yang kehilangan anggota keluarga supaya berhubung dengan polis.


Polis, Kuantan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain