suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Didakwa Salah Guna Kad Bank Rakan Beli Beg Tangan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan kad bank milik suami rakan serumahnya untuk membeli barangan kosmetik dan beg tangan bernilai RM4,150.

Nazathul Shima Mohd Azman, 38, didakwa dengan curang menyalahgunakan kad bank CIMB milik Aslin Amat untuk membuat pembayaran pembelian kosmetik dan beg tangan wanita di Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 17, di sini pada 11.16 pagi, 25 Feb lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Joy Jothi Nadrarasan menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun peguam Mohd Rohan Razi yang mewakili Nazathul Shima memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000.

Majistret Nurul' Ain Abdul Rahim membenarkan wanita itu diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei untuk sebutan.


Mahkamah Majistret, Bank

Artikel Berikut

Artikel Lain