suria

AirAsia, AirAsia X Mula Operasi Di KLIA2 Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: Penerbangan AirAsia dan AirAsia X akan beroperasi sepenuhnya dari KLIA2 mulai Jumaat ini.

Dalam kenyataan pada Rabu, AirAsia meminta semua penumpang bagi penerbangan yang berlepas dari lapangan terbang baharu itu agar berada di KLIA2 tiga jam sebelum waktu perlepasan penerbangan mereka dan menguruskan segala keperluan perjalanan seawal mungkin.

"Penumpang disarankan melakukan daftar masuk sendiri melalui laman sesawang atau peranti mudah alih sebelum tiba di lapangan terbang.

"Daftar masuk sendiri boleh dilakukan 14 hari hingga sejam sebelum perlepasan bagi semua penerbangan AirAsia, dan hingga empat jam sebelum perlepasan penerbangan AirAsia X," katanya.

Kaunter daftar masuk bagasi di KLIA2 dibuka tiga jam sebelum masa penerbangan dijadualkan berlepas dan ditutup sejam sebelum masa berlepas bagi semua penerbangan antarabangsa dan domestik.

Syarikat itu juga menguatkuasakan 'dasar bagasi satu kabin' untuk memastikan kelancaran proses naik turun pesawat di KLIA2.
AirAsia, AirAsia X, KLIA2

Artikel Lain