suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Indonesia Maut Di Hotel Bajet Dipercayai Ambil Dadah Berlebihan

Seorang wanita ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel bajet di sini dipercayai akibat mengambil dadah berlebihan.

MIRI: Seorang wanita yang berasal dari Pontianak, Indonesia ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel bajet di sini dipercayai akibat mengambil dadah berlebihan.

Yenni Safetri, 44, ditemui pada pukul 1.50 petang Sabtu tanpa sebarang kesan luka atau kecederaan.

Ketua Polis Miri, ACP Tan Gian Kee berkata, mangsa ditemui bersama bekas mengandungi peralatan menghisap dadah serta paket syabu.

"Mangsa mendaftar masuk semalam pada pukul 7.10 malam bersama seorang lelaki yang masih belum dikenali identitinya," katanya.

Polis sedang mengesan lelaki itu dan waris mangsa.

dadah berlebihan

Artikel Lain