MAS Minta Media Tidak Dedah Jumlah Pampasan - Semasa | mStar

MAS Minta Media Tidak Dedah Jumlah Pampasan

Najmuddin Abdullah
Najmuddin Abdullah.

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) meminta pihak media agar tidak mendedahkan jumlah pampasan yang diberikan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang bagi mengelak kemungkinan berlaku ancaman keselamatan.

Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik MAS, Datuk Najmuddin Abdullah berkata, anggota keluarga penumpang turut membuat permintaan yang sama.

"Malaysia Airlines (Penerbangan Malaysia) tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai jumlah pampasan seperti yang diperoleh oleh media dan kami percaya ia diperoleh dari sumber lain," katanya dalam satu kenyataan di sini Sabtu.

Oleh itu MAS memohon kerjasama media agar menarik balik segala artikel yang diterbitkan yang menyatakan jumlah pampasan.

Jumlah itu, katanya hanya akan diberitahu kepada keluarga penumpang dan dilakukan para kaunselor MAS dan menambah adalah penting pihak media menghormati keselamatan dan privasi keluarga penumpang.

Terdapat lebih 1,000 anggota keluarga di bawah penjagaan MAS dan keutamaan syarikat penerbangan negara itu adalah bagi membantu mereka, katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Beijing kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 8 Mac.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain