suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengerusi MyWatch Terima Peluru

KUALA LUMPUR: Tiga butir peluru bersaiz 9mm ditemui dalam peti surat rumah Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan di Bahau, pagi Sabtu.

Sanjeevan yang bertanding bagi merebut jawatan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, abangnya yang sedang mengemas rumah untuk aktiviti kempen malam ini menemui peluru tersebut kira-kira pukul 10.45 pagi.

"Pagi tadi saya pulang lewat kerana berkempen...kira-kira pukul 4 pagi.

"Sebelum itu ahli keluarga saya juga keluar meraikan hari lahir ibu saya, jadi tiada siapa di rumah.

"Saya syak pada ketika itulah peluruh berkenaan diletakkan," kata Sanjeevan.
MyWatch, R. Sri Sanjeevan, PKR

Artikel Lain