suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Teluk Intan: SPR Belum Terima Makluman Rasmi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian Ahli Parlimennya, Seah Leong Peng, Khamis.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika ,dihubungi pada Jumaat berkata, pihaknya menjangka menerima pemakluman rasmi itu pada Isnin ini.

Mengikut Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR.

Selepas itu, SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil.

Leong Peng, 48, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur akibat kanser pada kira-kira pukul 7.30 pagi Khamis. 

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Leong Peng  menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.


Artikel Lain