suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

OKU Maut Dalam Kebakaran Rumah Panjang Di Miri

MIRI: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut dalam kebakaran Rumah Panjang Akai di Jalan Ladang Oxford WTK Suai tengah malam Rabu.

Ketua Polis Miri, ACP Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, Kendit Ali, 40, didapati melecur teruk.

Beliau berkata kebakaran menyebabkan 284 orang penghuni tinggal sehelai sepinggang.

Rumah panjang tersebut mempunyai 35 pintu termasuk dua pintu yang sedang dalam pembinaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Sulaiman Julaihi berkata punca kebakaran masih disiasat.

"Pihak kita menerima panggilan pada pukul 12.15 pagi dengan perjalanan ke tempat kejadian mengambil masa dua jam," katanya dan menambah dua jentera berserta 11 anggota termasuk anggota sukarela terlibat memadam kebakaran.
Miri, rumah panjang, kebakaran

Artikel Lain