suria

Tiada Rancangan Bekal Senjata Api Kepada Pegawai Penguatkuasa - MB Pahang

Datuk Seri Adnan Yaakob
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang tidak mempunyai rancangan untuk membekalkan pegawai penguatkuasa dengan senjata api walaupun terdapat cadangan yang diilhamkan selepas Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Rafli Abdul Malek ditembak mati tahun lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan hanya boleh menasihati semua agensi penguatkuasa untuk berhati-hati selepas kejadian itu.

"Pengendalian pistol memerlukan kemahiran dan latihan. Selain itu, ia adalah sukar untuk membekalkan semua mereka dengan senjata api kerana ia memerlukan peruntukan yang besar," katanya menjawab soalan Mohamed Arifin Ismail (BN-Chenor) dalam sidang DUN pada Khamis.

Adnan juga berkata adalah tidak praktikal untuk menempatkan pegawai penguatkuasa di kawasan kediaman khas untuk melindungi mereka.

Pada 10 November tahun lepas, Ahmad Rafli, 49, telah ditembak mati di luar rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini.

Artikel Berikut

Artikel Lain