suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TLDM Selamatkan 2 Nelayan Terkandas Di Pulau Langkayan

Gambar Hiasan

SANDAKAN: Dua nelayan yang terkandas lebih lapan jam di perairan Pulau Langkayan akibat kerosakan enjin bot diselamatkan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Laksamana Tan Pusmah.

Kedua-dua nelayan terbabit dikenal pasti sebagai Moyong Aminuddin, 75 dan Holdin Abduraham, 34 berasal dari Pulau Berhala di sini.

Pegawai Memerintah kapal itu Komander Mohamad Zamri Ismail berkata pihaknya mengesan isyarat kecemasan dua lelaki terbabit ketika dalam pelayaran dari Kota Kinabalu ke Pangkalan TLDM Sandakan.

"Ketika dihampiri, bot nelayan terbabit yang berdaftar di Sandakan berada di kawasan perairan Filipina," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Mohamad Zamri berkata, nelayan terbabit diselamatkan pada pukul 3.13 petang, Rabu dan mendakwa bot mereka mengalami kerosakan pada pukul 7 pagi ketika dalam perjalanan mengambil hasil laut di Pulau Langkayan.

Katanya, pihaknya kemudian menunda bot nelayan terbabit ke Jeti TLDM Sandakan.

Sementara itu, beliau berkata, KD Laksamana Tan Pusmah akan berada di Jeti TLDM Sandakan selama seminggu sempena hari TLDM ke-80.

Kapal ini akan dibuka untuk lawatan awam pada Sabtu dan Ahad ini bermula 10 pagi hingga 5 petang.

nelayan, terkandas, TLDM, Pulau Langkayan

Artikel Lain