KPDNKK Nafi Anggota Penguatkuasa Terima Sogokan

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin (kanan) ketika ditemubual Radio 24 di Wisma Bernama, Khamis. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini menafikan dakwaan kononnya anggota penguat kuasanya menerima sogokan daripada peniaga DVD, VCD dan CD cetak rompak.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Mohd Roslan Mahayudin berkata sekiranya didapati anggotanya terlibat dengan perkara terbabit, tindakan tegas akan diambil ke atas mereka.

"Dari 2013 sehingga Mac tahun ini tiada lagi kes dilaporkan yang melibatkan anggota kami menerima sogokan daripada peniaga cetak rompak.

"Namun, semua ini kemungkinan akan berlaku dan jika ada anggota KPDNKK terlibat dalam kes seperti ini, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas mereka," katanya menerusi Program Dalam Radar, terbitan Bernama Radio24, di sini Khamis.

Hari ini, sebuah akhbar melaporkan anggota penguat kuasa didakwa bukan sekadar membocorkan maklumat serbuan, malah anggota terbabit dipercayai mengutip wang saku daripada peniaga DVD, VCD dan CD cetak rompak sehingga mereka semakin berani beroperasi secara terbuka.

Jelas Mohd Roslan untuk mengelakkan anggota penguat kuasa menerima habuan daripada peniaga cetak rompak, beliau sentiasa mengingatkan anggota penguat kuasanya agar sentiasa menjaga integriti semasa menjalankan tugas dalam membendung gejala cetak rompak.

Bagaimanapun, beliau berkata anggota penguat kuasanya sering kali berhadapan dengan ugutan dan kecaman seperti kereta dipecah dan disimbah cat serta rumah dibaling 'molotov cocktail' dan ayam yang telah disembelih ketika agresif melaksanakan penguatkuasaan.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya kini aktif melakukan pemeriksaan ke atas premis perniagaan seperti pasar malam, gerai makan, gerai kaki lima dan gerai ruang legar kompleks.

Katanya, pada tahun 2012 sebanyak 95,279 pemeriksaan dilakukan terhadap premis terbabit, manakala pada 2013 sebanyak 98,331 pemeriksaan dan sehingga Mac tahun ini sebanyak 11,704 pemeriksaan dijalankan.

"Berdasarkan pemeriksaan tersebut pada tahun 2012, sebanyak 1,541 kes membabitkan cetak rompak, pada 2013 sebanyak 1,169 kes manakala sehingga Mac tahun ini sebanyak 235 kes," katanya.

Menurut beliau, nilai barangan rampasan termasuk DVD, VCD dan CD bagi tahun 2012 berjumlah kira-kira RM16.9 juta, bagi tahun 2013 kira-kira RM7.9 juta, manakala sehingga Mac tahun ini sebanyak RM877,992.

Jumlah mereka yang ditangkap kerana menjalankan aktiviti cetak rompak di bawah Akta Hak Cipta 1987 bagi tahun 2012 sebanyak 71 orang, pada 2013 (159 orang) dan sehingga Mac tahun ini (39 orang), katanya.
KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duduk rumah, pesan online, kami hantar order! Jom semak senarai servis makanan di kawasan sekitar anda

SEPANJANG tempoh PKP, orang ramai digalakkan membuat pembelian secara dalam talian.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain