suria

PM Lancar Platcom Venture Untuk Cungkil Keupayaan Inovasi Dalam Kalangan PKS

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran PlaTCOM Ventures Sdn Bhd yang menandakan kerjasama antara Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp) di bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Rabu. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Satu inisiatif perkongsian awam-swasta, PlaTCOM Ventures Sdn Bhd, dilancarkan pada Rabu untuk merealisasikan keupayaan inovasi dalam kalangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam satu platform.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan program itu berkata inisiatif itu boleh membawa Malaysia selangkah kehadapan untuk melakukan inovasi yang lebih besar untuk negara.

Beliau berkata program PlaTCOM itu dibangunkan untuk menghimpunkan semua inovasi sedia ada dalam satu platform dan memastikan kelancaran untuk PKS bergerak dari satu peringkat ke peringkat lain dalam proses inovasi secara keseluruhanya serta mempunyai pautan dengan pembiayaan peringkat awal.

"Model ini menangani jurang inovasi menerusi pendekatan menyelurh dan pendekatan dipacu pasaran dalam menyokong inovasi dan daya saing industri.

"Ia dibangunkan untuk menghapuskan halangan pasaran dan pembiayaan dalam melakukan inovasi," kata Najib.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad.

PlaTCOM Venturesis, platform pengkomersilan teknologi Malaysia, ialah anak syarikat milik penuh Agensi Inovasi Malaysia (AIM), yang ditubuhkan dengan kerjasama SME Corporation Malaysia di bawah satu daripada enam Program Berimpak Tinggi (HIP) dalam Pelan Induk PKS 2012-2020. 

Najib berkata program itu akan memberikan sokongan yang diperlukan, daripada konsep sehingga pengkomersilan.
 "Ini akan dilakukan menerusi penyediaan akses kepada bantuan teknikal, maklumat pasaran, kemudahan inkubasi, kemudahan pengujian dan perkhidmatan lain yang berkaitan - kesemuanya dalam satu platform tunggal," katanya.

Najib berkata PlaTCOM Ventures adalah model unik yang dibangunkan AIM, SME Corp dan Bank Dunia, dan menggabungkan amalan-amalan terbaik daripada model berjaya seperti Isis Innovation dan University Oxford di United Kingdom.
Platcom Venture, PKS

Artikel Lain