suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Paka Di Terengganu Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Setakat 7 Pagi

Antara kawasan di Paka, Terengganu.

KUALA LUMPUR: Kawasan Paka di Terengganu merekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 109 setakat 7 pagi Ahad.

Menurut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 10 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana iaitu Larkin Lama (52), Muar (55), Pasir Gudang (56), Tanah Merah (53), Nilai (57), Port Dickson (54), Balok Baru (52), Kemaman (52), Batu Muda (55) dan Labuan (54).

Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 ke 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU dari semasa ke semasa.

Artikel Lain