suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta Bawa Keranda Karpal Diiring 100 Superbike Tiba Di Dewan Sri Pinang

Kira-kira 100 penunggang Superbike mengiringi kereta yang membawa keranda mendiang Karpal Singh ke Dewan Sri Pinag. Foto CHAN BOON KAI

GEORGE TOWN: Kira-kira 100 penunggang Superbike mengiringi kereta yang membawa keranda mendiang Karpal Singh tiba di Dewan Sri Pinang pada Ahad.

Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pulau Pinang mengawal laluan untuk kemasukan kereta berkenaan.

Beberapa orang dilihat mengibarkan bendera gergasi DAP di pintu masuk.

Pemimpin parti berada di dalam dewan bagi menunggu keranda yang membawa masuk mayat mendiang.

Beribu-ribu orang mula mengemuruni bangunan dewan untuk memberi penghormatan terakhir kepada tokoh politik terhormat itu.

Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10.15 pagi.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng akan menyampaikan ucapan penghormatannya pada pukul 10.15 pagi.

Perarakan itu menandakan perjalanan terakhir buat upacara yang memberi kesan yang ditinggalkan mendiang yang diberi jolokan "Harimau Jelutong".

Perarakan itu akan membuat beberapa perhentian di tempat-tempat yang begitu dekat dengan Karpal, iaitu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, pejabatnya di Green Hall , bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Institusi St Xavier (SXI) di mana tempat pendidikan beliau dan ibu pejabat parti DAP negeri di Rangoon Road, sebelum ke krematorium Batu Gantong.

Artikel Berikut

Artikel Lain