suria

Najib Ucap Takziah Pemergian Isteri Adun Paloh

Anak perempuan Adun Paloh (kiri) menunggu di perkarangan rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, Perak. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengucapkan takziah kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Datuk Norzula Mat Diah atas kematian isterinya selepas mereka sekeluarga terbabit dalam kemalangan jalan raya pada Khamis.

Perdana menteri turut mendoakan Norzula segera sembuh dan tabah dalam menghadapi dugaan itu. 

"Takziah kepada YB ADUN Paloh Datuk Paduka Nozula Mat Diah atas pemergian isteri. Semoga cepat sembuh dan tabah hadapi dugaan ini," katanya dalam catatan di laman Twitter. 

Datin Maziah Din maut dalam kemalangan di Km23 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai apabila kenderaan yang dipandu anak perempuan pasangan itu terbabas akibat jalan licin dan merempuh tebing bukit sebelum jatuh ke dalam longkang dalam kejadian 6.30 petang Khamis.

Selain Norzula dan anak perempuannya, dua lagi anak pasangan itu serta seorang anak saudara berumur setahun lapan bulan yang turut berada dalam kenderaan itu, juga selamat.
 
Mereka dalam perjalanan dari Kelantan ke Ipoh ketika kemalangan itu berlaku. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Teladan Dari Titisan Air

Artikel Lain