suria

Syabas Pantau Pelan Catuan Air

KUALA LUMPUR: Masalah utama yang menjadi rungutan pengguna ialah bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengambil masa terlalu lama untuk membekalkan semula bekalan selepas catuan dibuat setiap dua hari.

Bagaimanapun menurut Syabas, kelewatan bekalan air mungkin disebabkan beberapa faktor termasuk saiz dan kepanjangan paip serta tekanan pam, jadi akibatnya sesetengah kawasan mungkin akan menerima bekalan lebih lewat berbanding kawasan lain.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi memastikan semua pengguna menerima air seperti yang dijadualkan.

Malah pihaknya juga bekerjasama rapat dengan premis kediaman bertingkat untuk menguruskan tahap penyimpanan tangki atas bumbung mereka.

"Isu biasa yang dibangkitkan ialah bekalan air dikeluarkan sebelum tahapnya stabil hingga menjejaskan penduduk yang tinggal di tingkat yang lebih tinggi.

"Kami menggunakan sistem berteknologi tinggi yang dikenali sebagai Scada (Kawalan Penyeliaan dan Perolehan Data) dan juga telemetri dan model hidraulik untuk menentukan kawasan yang boleh terjejas," kata Alfred.

Scada memantau pelbagai pam dan saluran paip di seluruh Selangor sepanjang masa dan mampu untuk mengesan percanggahan sistem termasuk trend penggunaan.

Tambah beliau pengguna yang tidak menerima bekalan air pada hari yang dijadualkan boleh meminta Syabas untuk menghantar lori tangki air ke kawasan mereka.

Kekurangan air juga boleh disebabkan oleh paip pecah - kejadian yang biasa berlaku semasa catuan air.

Satu lagi aduan yang sering dibangkitkan ialah mengenai pelan catuan air berselang selama dua hari.

Pengguna menyeru agar tempoh catuan dikurangkan sehari.

Bagimanapun menurut Syabas langkah catuan air berselang dua hari itu adalah rasional kerana kawasan yang terjejas adalah besar.

Syabas, Pelan Catuan Air, Selangor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain