suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Isyarat Akustik 24 Jam Lalu - JACC

Peta lokasi pencarian pesawat MH370 pada Sabtu yang dikeluarkan oleh Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia.
PETALING JAYA: Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia mengesahkan tiada sebarang isyarat akustik dikesan dalam tempoh 24 jam lalu di kawasan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

Menurut JACC, berdasarkan pengesanan beberapa objek oleh pesawat dan kapal ketika operasi SAR pada Jumaat, hanya beberapa daripadanya berjaya diambil namun tiada satu pun disahkan ada kaitan dengan MH370.

Menurut JACC, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) pada Sabtu merancang meneruskan pencarian di kawasan seluas 41,393 kilometer persegi, 2,331 kilometer ke barat laut Perth.

"Kapal Ocean Shield akan menumpukan kepada usaha mengesan isyarat kotak hitam pesawat manakala pesawat AP-3C Orions meneruskan pencarian akustik," demikian menurut JACC menerusi kenyataan pada Sabtu.

JACC, AMSA, MH370, MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain