suria

3 Maut, 10 Parah Bas Terbalik Di Bentong

TERBALIK... Keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan di KM11 Jalan Bentong-Raub dekat Bilut di sini, awal pagi Sabtu. -Foto BERNAMA.

BENTONG: Tiga maut termasuk sepasang suami isteri manakala 10 lagi parah selepas bas dua tingkat yang mereka naiki terbabas dan merempuh tiang elektrik sebelum terbalik di Km 11, Jalan Bentong-Raub dekat Bilut tengah malam Jumaat.

Mereka yang maut ialah Suhaisam Che Abdulla, 33, isterinya Zarifah Alias, 26, dan seorang warga Somalia Mohamad Mohamud Abdalla, 31.

Sementara yang cedera pemandu bas berkenaan Wan Khairul Affendi Mustafa, 35, yang patah kaki kanan, Siti Nabila Mohd Nasir, 23, Tuan Rosnani Tuan Mohd Din, 22, Wan Muhamad Husin Abdullah, 54, Faizah Abdullah, 89.

penumpang bas terselamat
Penumpang bas yang terselamat dan cedera menunggu bantuan di tepi jalan selepas bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di KM11 Jalan Bentong-Raub dekat Bilut di sini, awal pagi Sabtu.

Ruwaidi Jusuh, 35, Nur Sazren Fazhera Mohd Shanif, 20, Norzamera Abd Manaf, 24, Low Wan Yi, 23, dan warga Thailand yang dikenali sebagai Mamalutfee.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Nor Mansor berkata mayat mangsa yang meninggal dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat manakala yang cedera dihantar ke Hospital Bentong dan Hospital Temerloh.

Mohamad Nor berkata sebanyak 55 penumpang lagi dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong.

"Nahas pukul 12.30 tengah malam itu berlaku semasa bas berkenaan yang membawa 68 penumpang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu.

"Bas itu dipercayai telah memotong beberapa buah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan sebaik tiba di satu selekoh," katanya kepada Bernama.


Bas Ekspres, Bentong

Artikel Berikut

Dua Maut Hidu Asap Arang

Artikel Lain