suria

Dua Maut Hidu Asap Arang

Gambar hiasan.

KULAIJAYA: Dua maut dipercayai melemaskan diri mereka sendiri dengan menghidu asap arang dalam dua kejadian berasingan.

Difahamkan pekerja klinik pergigian Lee Hock Jing, 47, maut selepas menghidu asap dari arang yang dibakar dalam kereta Perodua Kenari miliknya, yang diletakkan berhampiran ladang kelapa sawit di Kulaijaya pada Jumaat.

Orang awam menemui Lee tidak bergerak di dalam kereta pada kira-kira pukul 9 pagi dan segera menghubungi pihak polis.

Dipercayai Lee, yang belum berkahwin mengambil keputusan untuk membunuh diri berikutan masalah kewangan yang dihadapinya.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt Ruslan Khalid mengesahkan mengenai kejadian itu, dan berkata bahawa polis tidak menemui apa-apa bagi mengaitkannya dengan jenayah.

"Mayat telah dihantar ke Hospital Kulai untuk dibedah siasat," katanya sambil menambah bahawa kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Dalam kes berlainan, Teng Kok Liang, 40, ditemui mati di tandas di rumah sewanya di Jalan Permas 3/12, Johor Bahru, pada kira-kira pukul 9 malam Khamis.

Dipercayai Teng yang berada dalam keadaan mabuk kemudiannya menguncikan dirinya sendiri di dalam tandas dan cuba melemaskan dirinya sehingga maut akibat terhidu daripada pembakaran arang.

Polis menemui satu nota yang dikatakan daripada Teng, dengan mengatakan bahawa dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupannya.

Teng berasal dari Ipoh dan bekerja di Singapura.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, siasatan mengatakan bahawa tiada sebarang unsur jenayah dalam kes itu, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mereka yang mempunyai masalah boleh menghubungi 'Befrienders' di talian 07-331-2300. Mereka yang berada di Lembah Klang boleh  03-7956-8144 atau 03-7956-8145.





hidup asap, arang

Artikel Lain