suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

142,160 Pelarian Berada Di Malaysia Setakat Ini - Shahidan

Datuk Seri Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa diberitahu sehingga kini terdapat 142,160 pelarian termasuk dari Myanmar, Afghanistan, Iraq, Somalia dan Sri Lanka di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata daripada jumlah itu 132,187 orang ialah pelarian Myanmar termasuk 27,289 daripada etnik Rohingya.

Pada dasarnya Malaysia tidak mengiktiraf pelarian kerana negara ini tidak terlibat dalam Konvensyen Pelarian 1951 dan menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin, katanya menjawab soalan Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu).

Bagaimanapun kata Shahidan, Malaysia membenarkan pelarian yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) tinggal sementara di negara ini selain dikecualikan daripada penguatkuasaan undang-undang imigresen.

Shahidan berkata pelarian yang memegang kad UNHCR mempunyai keistimewaan termasuk kemudahan mendapatkan rawatan kesihatan di hospital kerajaan, vaksinasi kepada kanak-kanak secara percuma dan kemudahan melanjutkan pelajaran di sektor swasta.

"Mereka juga bebas bergerak dan tidak ditahan, tetapi mereka masih terikat dengan undang-undang negara ini," jelasnya.

Menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan Tantawi (PAS-Temerloh), Shahidan berkata Malaysia tidak akan menghantar balik pelarian Rohingya ke negara asal secara paksa.

"Sekiranya dia (pelarian) secara sukarela balik ke negara asal mereka, kita benarkan," katanya.

Artikel Lain