suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Isyarat Baharu 'Petunjuk Paling Meyakinkan' - Houstan

Alat pengesan 'Towed Pinger Locator' (TPL) yang dikerahkan dari kapal pertahanan Australia Ocean Shield telah mengesan isyarat konsisten yang dipancarkan dari kotak hitam pesawat.
PERTH: Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, Angus Houston menyifatkan dua isyarat baharu yang dikesan pada Isnin adalah 'petunjuk paling meyakinkan' setakat ini dalam misi pencarian MH370.

Houston berkata, pasukan itu kini memulakan pencarian di dasar laut yang kini difokuskan kepada kawasan dimana isyarat berjaya dikesan.

"Alat pengesan 'Towed Pinger Locator' (TPL) yang dikerahkan dari kapal pertahanan Australia Ocean Shield telah mengesan isyarat konsisten yang dipancarkan dari kotak hitam pesawat.

"Kami masih belum menjumpai pesawat tersebut, kami perlu mendapatkan pengesahan lanjut.

"Ia memerlukan sedikit masa sebelum maklumat dapat disediakan untuk menentukan sama ada isyarat itu disahkan datang dari pesawat MH370," katanya.

Secara keseluruhannya, sembilan pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 14 kapal menyertai operasi pencarian pada Isnin.

Artikel Lain