suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencarian MH370 Pada Selasa Tertumpu Di Kawasan 120,000 Km Persegi

Sekumpulan anggota Tentera Diraja New Zealand bagi pesawat P3 Orion sedang membuat persiapan sebelum berlepas ke kawasan pencarian bagi mencari pesawat MH370 yang hilang. Foto EPA

KUALA LUMPUR: Sepuluh pesawat dan sembilan kapal terlibat dalam pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang pada Selasa.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, kawasan pencarian operasi pada Selasa menjangkau 120,000 km persegi, ke barat Perth.

Ia berkata, cuaca di kawasan pencarian dijangka buruk, dengan jarak penglihatan yang terhad.

Sepuluh pesawat yang terlibat pada hari ini ialah dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia, dua C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia, sebuah Ilyushin IL-76 China, sebuah P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah jet Gulfstream Jepun, masing-masing sebuah P3 Orion dari Korea Selatan, Tentera Udara Diraja New Zealand dan Jepun.

"Sembilan kapal telah ditugaskan mencari di empat kawasan.  Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield berlepas dari HMAS Stirling malam Isnin , dengan pengesan bunyi 'ping'," kata AMSA dalam satu kenyataan dari laman web pada Selasa.

Isnin lepas, Australia telah menubuhkan Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) yang diketuai oleh Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston, bekas Panglima Pasukan Pertahanan Australia, di Perth untuk menyampaikan dengan berkesan aktviti-aktiviti kerajaan Australia berkaitan operasi mencari.

JACC juga akan memastikan orang awam dan mereka yang berkepentingan, terutamanya keluarga penumpang dan anak kapal mengetahui perkembangan

penyiasatan ke atas penerbangan MH370 Malaysia Airlines.

Artikel Lain