suria

Pasangan Kembar Antara 50 Pelajar Cemerlang SPM 2013 Terima Biasiswa Nasional

Jecinn (kiri) dan Jeyinn menunjukkan surat tawaran biasiswa mereka yang diterima daripada Muhyiddin.
KUALA LUMPUR: Pasangan kembar ini berada dalam keadaan tegang dan tertekan sehingga keputusan peperiksaan mereka dikeluarkan dan disenaraikan sebagai penerima Biasiswa Nasional.

"Kami begitu bimbang sama ada kami akan terima keputusan yang sama atau tidak. Bagaimana sekiranya saya mendapat semua A tetapi kakak saya tidak mendapat yang sama, adakah kami perlu menyambutnya?" kata Jeyinn Wong, pasangan kembar kepada Jecinn.

Kedua-dua mereka bagaimapun berasa lega apabila mereka dinamakan di antara 50 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2003 yang menerima Biasiswa Nasional daripada Kerajaan.

Bekas pelajar SMK Assuta Petaling Jaya itu mendapat keputusan semua A+.

Mereka menerima surat tawaran biasiswa daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin pada Isnin.

Terdahulu, Muhyiddin pada Isnin menyampaikan Surat Tawaran Biasiswa kepada 50 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di Bukit Kiara, di sini.

Tawaran penajaan itu adalah untuk membolehkan pelajar berkenaan melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di dalam dan luar negara, berdasarkan merit akademik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan ketika berucap menyempurnakan majlis itu berkata, dengan adanya dasar penajaan dan inisiatif seperti Biasiswa Nasional akan dapat menghasilkan "kumpulan bakat bagi masa depan".

"Kerajaan sememangnya sedar mengenai pentingnya usaha-usaha untuk melatih, membangun serta mengekalkan modal insan yang terbaik.

"Justeru Program Biasiswa Nasional merupakan satu pelaburan jangka panjang kerajaan bagi mencapai agenda pembangunan modal insan negara," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain