suria

iPhone Air Dilancar September?

APPLE dilaporkan sedang melakukan sentuhan terakhir terhadap model telefon bimbit terbaharunya yang dikenali sebagai 'iPhone Air' yang kemungkinan akan dilancarkan pada September ini.

Susulan khabar angin itu, sebuah syarikat perkhidmatan 3D dari Perancis kemudian muncul dengan mendakwa telah mengetahui imej telefon berkenaan dan mendedahkannya kepada umum.

Pendedahan yang dibuat oleh syarikat itu dengan lakaran oleh pereka grafiknya, Martin Hajek memperlihatkan model iPhone berkenaan lebih nipis daripada sebelum ini dengan berbucu separuh bulat.

Apple dikhabarkan akan mengenakan saiz skrin sebesar lingkungan 4 inci kepada 5.5 inci.

Bagaimanapun maklumat yang didedahkan tidak disahkan oleh Apple atau syarikat yang berkaitan setakat ini. 




iPhone, Apple, Perancis

Artikel Lain