suria

Tiada Lagi Taufan Gillian Di Selatan Lautan Hindi

PETALING JAYA: Taufan Gillian yang sebelum ini menjejaskan operasi SAR penerbangan MH370 tidak lagi melanda selatan Lautan Hindi.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip mengesahkan sehingga 10 pagi waktu tempatan, tiupan Gillian telah berkurang kepada hanya di 'kawasan tekanan rendah' dengan kelajuan angin kurang dari 63kph.

"Taufan itu telah tiada pada jam 10 pagi," katanya kepada The Star, Rabu.

Memetik laporan dari Pusat Amaran Taufan Tropika Perth, Australia, kekuatan Gillian merosot baru-baru ini dan telah diturunkan kepada Kategori Satu pagi Rabu.

Taufan Kategori Satu mempunyai kelajuan angin antara 63kph dan 88kph.

Beberapa hari sebelumnya, Gillian mempunyai kelajuan sehingga 182kph.

Dr Hisham bagaimanapun berkata walaupun taufan telah tiada, masih terdapat cuaca buruk kira-kira 1,000 km di luar pantai barat Australia.

Ini termasuk kemungkinan ribut petir, angin kencang dan hujan batu.

Sementara itu, Tentera Udara India sedang mempertimbangkan untuk menggerakkan pesawatnya berlepas ke  pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce di Perth untuk meneruskan operasi mencari dan menyelamat di sana.

"Kami masih mempertimbangkannya. Ia akan mengambil sedikit masa (untuk membuat keputusan)," kata Suruhanjaya Tinggi India kepada penasihat pertahanan Malaysia Kol Praveen Chhabra.
Gillian, MH370, Australia

Artikel Lain