Kini, dia bukan sahaja kehilangan bapa tetapi juga perlu berdepan dengan tuduhan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai kaitan dengan kehilangan MH370.
Pada 21 Mac, seorang guru, Norzuraidah Md Nor mencatatkan puisi khusus untuk Kapten Zaharie di laman Facebooknya.
Pada hari berikutnya, Ahmad Idris berkata: "Memandangkan tuduhan yang tidak berasas dibuat terhadap bapa saya, sekurang-kurangnya puisi Norzuraidah Md Nor mampu untuk memberi penawar luka dan kesedihan keluarga kami. Terima kasih."
Sehingga semalam, puisi berjudul Terkhusus untukmu...Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menerima 330 'like'.
Dalam puisi itu, Norzuraidah berkata tuduhan terhadap Kapten Zaharie telah memberikan kesan kepada keluarganya dan dia tidak mahu menyelidik tuduhan tersebut.
Berikut antara bait-bait puisi nukilan Norzuraidah:
Fitnah datang
bertubi-tubi
dari segenap arah
bagai panah tak bermata
menusuk jiwa
apa dayamu
tak mampu menepis
kerna engkau entah di mana"
Kutulikan telinga
tak sanggup mendengar
kubutakan mata
tak sanggup membaca
tuduhan demi tuduhan
yang dilemparkan kepadamu
tidak aku mempercayainya
walau sebesar zarah
Keluargamu terluka
aku juga
pulanglah segera
agar kau bisa bersuara
menyangkal segala cela
yang semakin bermaharajalela


