Muhyiddin Temui Ketua-Ketua Negara Bantu Malaysia Cari MH370 - Semasa | mStar

Muhyiddin Temui Ketua-Ketua Negara Bantu Malaysia Cari MH370

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama ketua-ketua negara dan pemimpin tertinggi luar negara ketika sesi fotografi Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) di The Hague, Selasa. -fotoBERNAMA
THE HAGUE: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan peluang menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS)
di sini untuk bertemu dan menyatakan terima kasih kepada ketua-ketua negara yang membantu Malaysia dalam misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Antara yang ditemui beliau ialah Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Presiden China Xi Jinping selain pemimpin Vietnam, Australia, Jepun, Thailand, India serta beberapa negara lain.

"Semua mereka menyuarakan rasa sedih tentang pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) berhubung penemuan pesawat itu dan mengucapkan takziah kepada mereka yang terlibat dalam MH370," kata Muhyiddin dalam sidang media bersama wakil media Malaysia, di sini pada Selasa.

Katanya beliau juga diberi jaminan oleh pemimpin negara-negara terbabit termasuk Obama untuk terus membantu Malaysia dalam usaha mengesan pesawat MAS berkenaan.

Obama memberitahu saya yang beliau memahami operasi mencari dan menyelamat pesawat itu bukan perkara mudah, kata Muhyiddin.

"Beliau ada meminta saya menyampaikan salamnya kepada Perdana Menteri," katanya.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata pemimpin negara yang ditemuinya turut memuji usaha yang dilakukan oleh Malaysia dalam mencari dan menyelamat MH370, selain menyatakan mereka memahami usaha tersebut sukar.

Muhyiddin juga berkata beliau dimaklumkan oleh Presiden China, hubungan China dan Malaysia yang sudah sekian lama terjalin tidak akan terjejas akibat tragedi MH370 itu.

Penerbangan MH370 yang dikendalikan pesawat Boeing 777-200ER membawa 227 penumpang dengan lebih 150 warga China, serta 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. 

Misi mencari dan menyelamat membabitkan 26 negara meliputi Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Andaman sebelum difokuskan kepada dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke bahagian utara Thailand, serta koridor selatan yang meliputi Indonesia hingga ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Pada hari ke-17 pencarian, Perdana Menteri mengumumkan penerbangan MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis maklumat satelit dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain