suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Operasi Cari MH370 Di Selatan Lautan Hindi Dibahagi Sektor Barat Dan Timur

Hishammuddin Tun Hussein.
PETALING JAYA: Australia akan membahagikan operasi mencari pesawat MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi kepada dua sektor iaitu sektor Timur dan sektor Barat, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, pencarian di kawasan berkenaan disambung semula pada Rabu selepas operasi dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada Selasa berikutan cuaca buruk.

Menurut Hishammuddin, setiap sektor pencarian itu akan melibatkan enam aset bagi operasi SAR.

"Bagi sektor Timur di kawaan pencarian, operasi mencari akan dikendalikan oleh satu pesawat milik Australia P3 Orion dan tiga pesawat awam, satu pesawat Ilyushin IL-76 dan satu pesawat New Zealand PE Orion.

"Bagi sektor Barat, operasi mencari akan dikendalikan oleh satu pesawat Amerika Syarikat P8 Poseidon, satu pesawat Korean P3 Orion, satu pesawat Jepun P3 Orion, dua Australia P3 Orions dan satu pesawat awam," katanya pada sidang media harian mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Rabu.

Beliau menambah, pencarian di kawasan berkenaan turut melibatkan dua kapal.


Artikel Lain