suria

Pemain Bola Sepak Terengganu Syukur Pesawat Malindo Air Selamat Mendarat Selepas Insiden Terbakar

Sebahagian pemain pasukan bola sepak Terengganu tiba di balai ketibaan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
PETALING JAYA: Pemain bola sepak Terengganu berkongsi pengalaman mereka menaiki penerbanganMalindo Air yang mengalami kebakaran di bahagian salah satu enjin pesawat.

Pemain tengah, Mohd Faiz Subri mengemaskini di akaun Facebooknya bahawa beliau selamat mendarat, beserta dengan sekeping gambar sayap pesawat itu dilihat terbakar.

"Detik cemas alhamdulillah selamat berpatah balik ke subang airport," katanya di Facebook.

Pemain tengah Mario Karlovic turut menambah bahawa salah satu daripada enjin itu tidak berfungsi selepas insiden.

"Terbang pulang dari KL (Kuala Lumpur) ke Terengganu dan pesawat mengalami kebakaran kecil dalam penerbangan! 1 enjin berhenti berfunsi... Syukar kepada Tuhan, kami mendarat dengan selamat," katanya.

Pemain pertahanan, Zubir Azmi turut memuat naik kenyataan di akaun Instagram, dan meluahkan rasa bersyukur atas keselamatan mereka.

"Alhamdulillah umur masih panjang.. Keadaan amat mencemaskn.. Alhamdulillah sempat mendarat dengan selamat.”

Penjaga gol, Sharbinee Allawee turut memberi penjelasan di akaun Instagram mengenai pesawai yang mereka naiki mengalami kebakaran di bahagian sayap.

Bagaimanapun, keadaan itu dengan segera ditangani dengan kemahiran juruterbang dalam mengendalikan pesawat.

"Alhamdulillah... umur masih pnjang..enjin kapal terbang yang dinaiki terbakar sebelah..dengan kepakaran pilot (juruterbang) dapat mendarat dengan selamat...," katanya.

Seorang lagi penumpang yang menaiki pesawat itu merupakan Ita Hasni. Dia yang membalas komen negatif dan spekulasi mengenai penerbangan Malindo, dia meminta pembaca supaya lebih berhati-hati dalam sebarang kenyataan dan diminta untuk menghormati perasaan mereka yang menaiki pesawat itu.


Artikel Lain