suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Rakam Penghargaan Kepada Pasukan Mencari MH370

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa merakamkan penghargaan kepada mereka yang terbabit dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang. 

Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Teknologi Luar Persisir Asia 2014 di sini Selasa, merakamkan penghargaan beliau kepada anggota tentera serta awam dari Malaysia dan seluruh dunia yang terus bertugas siang malam dalam pencarian pesawat MH370, anak kapal dan penumpangnya.

"Pertama-tama sekali yang berada dalam doa dan ingatan kami adalah penumpang, anak kapal dan keluarga mereka," katanya.

Perdana Menteri pada malam Isnin mengumumkan penerbangan MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pesawat Boeing 777-200ER menuju ke Beijing itu hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Artikel Lain