suria

6.48 Juta Terima BR1M, Libat RM3.37 Bilion

Ahmad Husni Hanadzlah.

KUALA LUMPUR: Sejumlah 6.48 juta orang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun ini menerusi peruntukan sebanyak RM3.37 bilion, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 57 peratus atau 3.68 juta orang menerima BR1M melalui pindahan kredit ke akaun bank masing-masing.

Bagi 2.80 juta penerima atau 43 peratus daripada mereka yang tidak mengemukakan akaun bank termasuk transaksi pindahan kredit tidak berjaya pula, bayaran akan diterima secara berperingkat melalui majlis pengagihan BR1M dan perlu menunaikannya di kaunter bank terlibat iaitu Bank Simpanan Nasional, Public Bank Berhad, Maybank dan CIMB Bank.

"Bagi pemohon yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan mulai 1 April 2014. Borang rayuan boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Borang rayuan yang lengkap diisi beserta dokumen berkaitan perlu dihantar ke pejabat LHDNM sebelum 30 April 2014.

Pada masa sama, Ahmad Husni berkata sebanyak 69 kes penipuan atau salah guna baucar BR1M dikesan dalam tempoh tiga minggu pelaksanaan BR1M 2014.

"Kerajaan memandang serius perkara ini dan sedang menjalankan siasatan terperinci, sekiranya didapati terdapat unsur penipuan, individu tersebut boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) atau disenarai hitam pada masa depan," katanya.

Beliau berkata, melalui inisiatif Bajet 2014, kerajaan buat pertama kali memperkenal caruman takaful i-BR1M iaitu pelan yang memberi manfaat perlindungan kepada penerima kategori isi rumah/ keluarga, jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan. 

Sumbangan i-BR1M ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan tiada kos dikenakan sepanjang tempoh perlindungan bermula iaitu 1 Januari hingga 31 Disember 2014.

Borang i-BR1M boleh dimuat turun dari laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau https://ebr1m.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 1-800-88-2716 atau 03-8882 4565/ 4566 setiap hari bekerja 9 pagi hingga 5 petang manakala bagi i-BR1M, penerima

boleh menghubungi 03-2716 2716 atau e-mel ke [email protected].

Artikel Lain