suria

MH370: Malaysia Nekad Cari Serpihan Pesawat Dan Kotak Hitam

Hishammuddin pada sidang media harian mengenai MH370 di PWTC, Kuala Lumpur pada Selasa. Foto AP

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan terus mencari serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang terhempas walaupun negara-negara lain menarik diri dari operasi mencari, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Sudah pasti kami akan terus mencari berdasarkan kepakaran pasukan Perancis, dan mengenai perkara ini, saya telah bercakap dengan mereka mengenai teknik dan cabaran yang ditempuhi dalam mencari kotak hitam pesawat Air France 447 selama dua tahun. Maklumat ini dikongsikan dengan kami," kata Hishammuddin pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Beliau menambah, maklumat itu telah dikongsikan dengan pasukan yang berbeza, dan tanggungjawab berbeza, seperti menangani keluarga, menjalankan pencarian dengan teknologi atau aset yang lebih canggih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Isnin mengumumkan bahawa berdasarkan analisis data satelit baharu oleh syarikat satelit Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), ia membuat kesimpulan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dengan kedudukan terakhirnya di tengah Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Artikel Lain