suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: China Dakwa Temui Objek Sepanjang 22.5 meter

Hishammuddin menunjukkan nota mengenai penemuan objek sepanjang 30 meter oleh satelit China ketika sidang media pada petang Sabtu.

SEPANG: Statelit China telah mengesan imej objek-objek yang mungkin berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terapung di koridor selatan.

Maklumat 'panas' tersebut disampaikan oleh Duta China di Malaysia, Huang Huikang kepada Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa taklimat media berhubung kehilangan pesawat itu di sini pada Sabtu.

"Berita yang saya baru terima, Duta China menerima imej statelit objek-objek yang terapung di koridor selatan dan mereka kini menghantar kapal-kapal untuk mengesahkannya," katanya.

Bercakap dengan menggunakan nota tertulis, Hishammuddin berkata objek berkenaan bersaiz 22.5 meter panjang dan 13 meter lebar.

Beliau berkata kerajaan China akan mengumumkan butiran lanjut mengenai perkara itu dalam tempoh beberapa jam lagi.

MAS, MH370, China

Artikel Lain