suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sesi Penerangan PBS Bermula April - Idris Jusoh

Idris Jusoh.
KAJANG: Sesi penerangan mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ditambah baik akan diadakan bermula April bagi memastikan semua pihak berkepentingan memahami secara terperinci sistem itu.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata walapun PBS yang ditambah baik akan bermula 1 April, sesi penerangan tetap perlu diadakan.

Disebabkan ada perkara baharu, kena juga buat sesi penerangan, katanya ketika ditemui pemberita di majlis sepetang beliau bersama guru di sini Rabu.

Kira-kira 500 guru dari kawasan Hulu Langat hadir di majlis itu.

Pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa menerusi pelaksanaan penambahbaikan PBS 1 April ini, para guru tidak perlu lagi memasukkan data maklumat pencapaian murid secara dalam talian ke dalam sistem PBS seperti sebelum ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, berkata para guru tidak perlu lagi menyertakan eviden dan hanya menyimpan data secara 'offline'.

Pelaksanaan PBS dikritik pelbagai pihak termasuk golongan pendidik sendiri kerana dilihat membebankan guru.
PBS, Idris Jusoh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain