suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pencarian MH370 Keutamaan AS - Obama

Barack Obama.
WASHINGTON: Presiden Barack Obama berkata pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang merupakan keutamaan kepada Amerika Syarikat (AS) dan menawarkan apa saja sumber termasuk FBI.

Dalam ulasan pertamanya di depan kamera berhubung misteri kehilangan pesawat MH370, Obama turut menyatakan simpati dan doa kepada ahli keluarga penumpang pesawat tersebut.

"Saya ingin memberi jaminan kepada mereka bahawa kami menganggap perkara ini sebagai keutamaan yang penting.

"Kami sudah menyediakan setiap sumber yang ada untuk membantu proses pencarian itu," katanya dalam temu bual bersama stesen televisyen Dallas, KDFW di Rumah Putih pada Rabu.

Obama berkata, FBI, NTSB dan agensi serta pegawai yang berkaitan penerbangan bersedia membantu siasatan itu. - AFP
Barack Obama, MH370, MAS, FBI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain