suria

Kes Dadah Di Festival Muzik: Enam Masih Terima Rawatan

Sebahagian daripada pengunjung Festival Future Music Asia 2014 (FFMA).

KUALA LUMPUR: Sembilan individu yang dimasukkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah semasa konsert Festival Future Music Asia 2014 (FFMA), dibenarkan keluar dari hospital pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohan Singh Tara Singh berkata, mereka yang terbabit ialah empat warga Singapura yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Lima lagi yang dibenarkan keluar ialah dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), masing-masing seorang warga Taiwan, Filipina, Iran serta dua warga Singapura," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Enam lagi yang terdiri daripada lima warga Singapura dan seorang warga tempatan, masih menerima rawatan, katanya.

"Seorang daripada mereka dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), empat di PPUM, manakala seorang lagi di Prince Court Hospital," katanya.

Sementara itu, tangkapan terhadap pengunjung yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah itu masih kekal 29 orang iaitu 14 daripadanya warga tempatan dan 15 lagi warga asing.

Beliau berkata, setelah siasatan dijalankan, 15 orang telah dituduh di mahkamah iaitu seorang warga tempatan dan 14 warga asing manakala dua orang dibebaskan dan 12 lagi diberi jaminan polis.

"Pihak polis akan terus menjalankan siasatan bagi menyelesaikan kes ini," katanya.

Awal pagi Sabtu lepas, enam warga tempatan termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat mengambil dadah ketika menonton konsert berkenaan di Stadium Bukit

Jalil di sini. Mereka berumur antara 19 dan 28 tahun.

Artikel Lain