suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRK Kajang: 88.39% Pengundi Awal Keluar Mengundi

Abdul Ghani Salleh. Foto NORAFIFI EHSAN / THE STAR
KAJANG: Sehingga proses pengundian awal ditutup tepat pukul 5 petang Rabu, seramai 1,050 atau 88.39 peratus pengundi awal dikalangan anggota polis dan pasangan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Jumlah keseluruhan pengundi awal ialah seramai 1,197 orang.Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pusat mengundi Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat jumlah kehadiran pengundi seramai 308 atau 80.63 peratus sementara pusat mengundi Dewan Anjung Forensik PDRM menyaksikan seramai 101 pengundi atau 82 peratus keluar mengundi.

Selain itu pusat mengundi Rumah Perkep, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mencatat peratusan keluar mengundi sebanyak 93.85 peratus atau 641 pengundi.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, kesemua peti undi tersebut akan disimpan di Balai Polis Bangi sehingga hari penjumlahan undi pada Ahad ini.

PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari lepas.

Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili Barisan Nasional (BN) bakal berdepan calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden parti itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mac ini sebagai hari pengundian bagi 38,081 pemilih biasa.

Artikel Lain