suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Pekerja Ladang Ditemui Terapung Di Sungai

KUANTAN: Mayat pekerja ladang Felda Plantation Chini 3 di sini, yang dikhuatiri lemas semasa mandi di Sungai Pahang dalam kawasan ladang berkenaan petang Isnin lepas, ditemui pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahaya Othman berkata mayat mangsa warga Indonsia itu yang dikenali sebagai Zaenudin, 28, ditemui pasukan penyelamat pada kira-kira 10.30 pagi.

"Mayat mangsa dijumpai di bawah longgokan kayu di kawasan Sungai Kuala Mentiga kira-kira 14 kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Isnin lepas, Zaenudin yang berasal dari Lombok, dipercayai lemas semasa mandi bersama dua rakannya di Sungai Pahang pada kira-kira 5 petang.


Polis, Sungai Kuala Mentiga

Artikel Lain