suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Thailand Tawar Kongsi Maklumat Aeronautik Kesan MH370

BANGKOK: Thailand menawarkan untuk membantu pencarian penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar kerajaan sementara Thailand Surapong Tovichakchaikul berkata negara itu sedia berkongsi maklumat aeronautik dengan Malaysia bagi memastikan sama ada pesawat berkenaan terbang di ruang angkasanya.

"Pusat kawalan trafik kami mempunyai semua rekod dan jika maklumat ini digabung dengan maklumat dari negara lain, maka haluan pesawat itu boleh diketahui," katanya dalam sidang akhbar, Isnin.

Beliau berkata kerajaan Thailand sedia menyokong dan membantu usaha mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, yang hilang bersama-sama 227 penumpang serta 12 anak kapal.

Artikel Lain