Isteri Kurt Cobain Turut Berusaha Cari MH370 - Semasa | mStar

Isteri Kurt Cobain Turut Berusaha Cari MH370

PETALING JAYA: Balu vokalis dan gitaris kumpulan Nirvana, Kurt Cobain iaitu Courtney Love menerusi laman tweeternya mendakwa menemui kesan minyak yang dipercayai milik pesawat MH370.

Pemuzik terkenal Amerika Syarikat itu juga turut membuktikan teorinya dengan gambar di perairan yang didakwa mempunyai kesan minyak.

MH370

Courtney menerusi tweeternya pula berkata, really? (benar) look closer? (pandang lebih dekat)  check it out (periksanya) @DR24 #MH370  and its like a mile away Pulau Perak, where they "last" tracked it (ia kelihatan beberapa batu dari Pulau Perak di mana kali terakhir dikesan).

Pada status Facebook Courtney pula tertulis "Saya tidak pakar tetapi dengan pandangan dekat ianya kelihatan seperti pesawat dan minyak."

"Berdoalah kepada keluarga #MH370 dan lokasi itu kelihatan beberapa batu dari Pulau perak, tempat di mana kali terakhir dikesan 5°39’08.5″N 98°50’38.0″E," katanya bagi memberi sokongan kepada usaha mengesan penerbangan MH370.

Courtney mendakwa gambar tersebut telah diambil menerusi satelit pada 12 Mac lalu.

Laporan berita antarabangsa mengenai status Courtney pula menceritakan bahawa misteri kehilangan MH370 bukan sahaja membingungkan rakyat Malaysia dan China tetapi masyarakat seluruh dunia.

Pihak berkuasa Malaysia kini masih mengesan misteri kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac lalu.

Courtney Love , Kurt Cobain , Nirvana , MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain