suria

MH370: Miti Adakan Solat Hajat Untuk Pegawainya Dan Semua

Pegawai Miti, Mohamad Sofuan Ibrahim bergambar bersama ibunya sebelum menaiki penerbangan MH370 pada Sabtu.

PUTRAJAYA: Warga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Isnin mengadakan solat sunat hajat untuk mendoakan agar usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dipermudahkan sejak ia hilang pada 7 Mac lepas.

Ketua Komunikasi Korporat Muhammad Sabri Salleh berkata solat sunat hajat itu akan diadakan sebelum solat Zuhur dan akan disertai Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed dan tujuh anggota keluarga pegawai MITI Mohd Sofuan Ibrahim, yang merupakan antara penumpang pesawat terbabit.

"Kita adakan solat sunat hajat ini di pejabat kementerian untuk sama-sama mendoakan segalanya dipermudahkan dan semoga mereka (penumpangan dan anak kapal)semua selamat," katanya ketika ditemui pemberita di hotel The Everly, di sini.

Mohd Sofuan, 33, yang juga anak lelaki tunggal daripada lima beradik, sebelum ini adalah pegawai di Istana Negara dan pernah bertugas sebagai pegawai Teknologi Maklumat di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau menyertai MITI pada Januari 2011, baharu sahaja ditugaskan ke Beijing, China bagi tempoh enam bulan dan menyandang jawatan setiausaha kedua di pejabat MITI cawangan Beijing.

Miti, MH370, MAS

Artikel Lain