suria

Keselamatan Di KLIA Ikut Piawaian Antarabangsa - DCA

DCA tolak dakwaan ciri keselamatan di KLIA yang longgar menjadi punca kehilangan pesawat MH370.
SEPANG: Tiada kelonggaran di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kerana piawaian keselamatan sentiasa ditepati selama ini, menurut Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Tidak ada sebab untuk mempersoalkan aspek keselamatan kami. Kami sentiasa mencapai standard sepanjang tahun," kata Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman, menolak dakwaan ciri keselamatan yang longgar menyebabkan dua penumpang dapat menaiki pesawat dengan dengan menggunakan pasport yang dicuri.

Azharuddin menegaskan bahawa keselamatan di KLIA memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Katanya, beliau akan berbincang dengan pihak berkuasa yang berkaitan sama ada mahu mendedahkan imej kedua-dua penyamar yang dirakamkan CCTV kepada media.

Azharuddin menjelaskan bahawa tidak ada tempoh masa untuk operasi mencari dan menyelamat.

"Masa hampir dua tahun telah diambil untuk mencari bangkai pesawat Air France. Kami telah meningkatkan operasi dengan melibatkan banyak negara," katanya.

Beliau mendedahkan bahawa banyak khabar angin mengenai bangkai yang telah tersebar termasuk ekor pesawat yang kononnya ditemui di perairan Vietnam.

"Kami mengikuti semua petunjuk yang mungkin secepat mungkin . Spekulasi atau laporan yang tidak disahkan tidak harus dipercayai, apatah lagi disebarkan," katanya.
klia, keselamatan, mas

Artikel Sebelum

Artikel Lain