suria

Ibu, Teman Lelaki Didakwa Bunuh Anak Perempuan

Seorang ibu dan teman lelakinya pada Isnin didakwa di Mahkamah Majistret di Teluk Intan, Perak terhadap pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia dua tahun enam bulan pada Isnin lepas.
TELUK INTAN: Seorang ibu bersama teman lelakinya pada Isnin didakwa di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia dua tahun enam bulan pada Isnin lepas.

Fiera Syafieqa Shamsudin, 20, dan Amir Hassan Bakri, 26, didakwa membunuh Nur Ain Ariana Abdullah, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Perkasa pada 4.30 petang, 3 Mac lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fairuz Abidah Ismail kedua-dua tertuduh mengangguk faham namun tiada pengakuan direkodkan.

Mahkamah menetapkan kes itu disebut semula 9 April.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hidayah Ismail manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


Artikel Lain