suria

Dua Anggota Polis Ditahan Suspek Kes Dadah, Cuba Rasuah Polis

Kamaruddin Mohd Zakaria.
BESUT: Dua anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Besut ditahan kerana dipercayai suspek kes dadah, didakwa menawarkan sogokan RM500 kepada anggota polis yang menahan mereka awal pagi, Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika mendedahkan perkara berkenaan berkata kedua-dua suspek ditahan dalam Op Tapis Bersepadu bersama 15 suspek lain berumur 20 hingga 40 tahun, di tiga kampung sekitar kawasan Hulu Besut dan Jerteh.

"Dalam perjalanan pulang ke BSJND, kedua-dua suspek merayu supaya mereka dibebaskan sambil mengeluarkan RM500 sebagai wang pendahuluan untuk anggota yang menahan mereka," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Kamaruddin berkata wang itu kemudian dirampas oleh anggota BSJND berkenaan.

Katanya hasil pemeriksaan urin, mereka didapati positif dadah dan akan disiasat bagi kesalahan dadah serta tuduhan menawarkan rasuah.

Dalam operasi antara pukul 5 pagi hingga 2 petang semalam, Kamaruddin berkata pasukan BSJND membuat pemeriksaan terhadap kesemua suspek termasuk seorang pelajar sekolah berumur 15 tahun dipercayai terbabit kes dadah dan memiliki pil kuda serta syabu.
BSJND, Op Tapis Bersepadu, Kes Dadah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain