suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tian Chua Pertimbang Tanding Jawatan Timbalan Presiden

Tian Chua.

PETALING JAYA: Naib Presiden PKR, Tian Chua sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pilihan raya parti Mei ini.

Tian Chua yang merupakan Ahli Parlimen Batu berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding untuk jawatan nombor dua itu tetapi hanya akan membuat keputusan selepas pilihan raya kecil Kajang 23 Mac ini.

"Saya sedang mempertimbangkannya kerana saya ingin berkhidmat kepada parti dan ini adalah sebahagian daripada demokrasi.

"Bagaimanapun, tumpuan kini adalah untuk membantu Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya kecil Kajang," kata ahli politik berusia 50 tahun itu kepada 'The Star Online'.

Penyandang, Azmin Ali telah mengumumkan hasratnya untuk mempertahankan jawatan itu manakala Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah menawarkan diri sebagai calon.

pkr, tian chua

Artikel Lain