suria

61 Lelaki Warga Asing Ditahan Di George Town

Seorang rakyat asing yang bekerja di tapak projek pembinaan hanya mampu melihat tangannya digari semasa operasi Jabatan Imigresen Pulau Pinang di dua blok tapak pembinaan di Bukit Gedung di George Town, Isnin. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Seramai 61 lelaki rakyat asing ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Pulau Pinang di dua blok tapak pembinaan di Bukit Gedung di sini, Isnin.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Basri Othman berkata,mereka yang ditahan terdiri daripada 46 rakyat Bangladesh, 14 warganegara Myanmar dan seorang Indonesia.

Kesemua mereka berusia antara 20-an dan 40-an.

"Lebih 10 orang yang ditahan itu didapati menggunakan pasport dan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) yang palsu.

"Kami dapati butiran peribadi dan gambar tertera adalah berbeza dengan pemegang pasport dan mereka memberi alasan tidak tahu mengenai perkara itu kerana urusan mengenainya diurus majikan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Antara kesalahan lain mereka ialah tiada dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal melebihi masa dan menyalahguna pas lawatan sosial.

Basri berkata, seramai 193 orang diperiksa dalam operasi bermula 11.15 pagi itu.

imigresen, warga asing

Artikel Lain