suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Suspek Kes Rompak Ditembak Mati Di Ulu Tiram

JOHOR BAHRU: Tiga suspek yang merupakan sebahagian daripada anggota sindiket rompakan ditembak mati selepas salah seorang suspek menyerang polis dengan mengeluarkan pistol dan melepaskan dua das tembakan terhadap anggota berpakaian seragam itu.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata suspek yang dipercayai warga asing dalam lingkungan usia 30-an berkelakuan mencurigakan apabila anggota polis ternampak mereka semasa melakukan rondaan rutin di Ulu Tiram kira-kira pukul 4.45 pagi Sabtu.

"Apabila anggota polis menghampiri suspek, mereka mengeluarkan senjata mereka dan mengancam untuk mencederakan anggota polis.

"Salah seorang daripada mereka melepaskan dua das tembakan kepada tiga anggota polis yang bertugas manakala dua yang lain cuba menggunakan parang, mendorong anggota polis untuk bertindak balas" katanya dalam sidang akhbar di sini, Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain