suria

20 Tempat Jadi Sasaran Tembakan Di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Kejadian tembakan misteri yang berlaku awal pagi Sabtu mencetuskan kebimbangan kepada penduduk di sini selepas lebih daripada 20 tempat telah menjadi sasaran.

Cermin tingkap dan pintu kaca hotel, pusat beli-belah, bank dan restoran makanan segera dipenuhi kesan lubang peluru tunggal, malah ada yang hancur berkecai akibat ditembak oleh individu yang tidak diketahui dalam kejadian antara tengah malam Jumaat dan pukul 1 pagi Sabtu.

Tiada laporan kecederaan diterima setakat ini.

Polis masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung kejadian itu yang kini telah tersebar di media sosial.

Mereka belum lagi mengenal pasti mereka yang terlibat tetapi pegawai keselamatan tidak menolak individu yang tidak puas hati atau mungkin kumpulan kongsi gelap terlibat dalam tembakan itu.

Kecurigaan timbul apabila senjata jenis 'Air Rifle' telah digunakan dalam tembakan itu.

Artikel Lain