Warga Emas Maut Ditikam Di Tanjong Bungah - Semasa | mStar

Warga Emas Maut Ditikam Di Tanjong Bungah

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di Jalan Loh Poh Heng, Tanjong Bungah pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC Mazlan Kesah berkata mangsa yang dikenali sebagai Ang Cheng Hoo, 64, dijumpai terbaring di tepi jalan oleh orang awam dengan beberapa kesan tikaman serta kelaran di bahagian perut dan leher tidak jauh dari kediamannya pada pukul 6.30 pagi.

"Menurut anak lelakinya, mangsa biasanya keluar berjoging pada pukul 5 pagi dan biasa pulang sebelum pukul 8 pagi dan sering membawa sebilah pisau bersamanya," katanya kepada pemberita.

Katanya polis turut menemui kesan darah pada pisau milik mangsa di lokasi kejadian. Motif kejadian masih disiasat berikutan telefon bimbit dan dompet mangsa tidak diusik.

Beliau berkata beberapa jiran mangsa ada mendengar suara pergaduhan sebelum kejadian dan mereka percaya suspek adalah seorang lelaki.

Katanya mayat Ang dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berdekatan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan