suria

Highland Tower Jadi Lokasi Berhantu

Tragedi runtuhan kondominium mewah Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa pada 11 Disember 1993, menjadikan dua blok bersebelahan dengan tapak runtuhan sebagai lokasi bagi mereka yang menggemari aktiviti paranormal.

SEJAK 20 tahun lalu, tapak terbiar Highland Tower dikatakan merakamkan beberapa kisah seram, dengan ada pihak yang mendakwa mereka merasai sendiri kewujudan aktviti paranormal di sana.

Tempat itu juga dikatakan menjadi lokasi pilihan penjejak aktiviti paranormal amatur dan mereka yang berminat dengan kisah disebalik runtuhan kondominium mewah berkenaan.

Carian di Internet mendapati terdapat ratusan rakaman video dan gambar yang dimuat naik oleh penjejak aktiviti paranormal yang memaparkan pengalaman mereka berada di dua blok Higland Tower yang telah ditinggalkan sejak sekian lama.

Ada yang menggunakan peralatan canggih seperti perakam parabola, kamera penglihatan malam, termometer inframerah serta medan meter elektromagnet untuk merekodkan 'pengembaraan' mereka.

Pengguna Internet turut merekodkan pengalaman ekspedisi lewat malam mereka di dua blok berkenaan dan memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan blog.

Kisah seram mengenai Highland Tower turut dipaparkan di beberapa laman web paranormal seperti, HungZai.com, ghostsmsia.blogspot.com dan The Paranormal Life (adamvai.blogspot.com) oleh pencari hantu, Adam Vai.

Menurut laman web, theshadowlands.net ramai yang mendakwa tempat berkenaan berhantu dan pelbagai suara menyeramkan boleh didengar pada waktu malam.

Cerita berkenaan telah mendorong rakaman filem, Higland Tower, karya arahan Pierre Andre.

Tempat berkenaan didakwa sebagai lokasi paling menyeramkan di negara ini, bersama-sama beberapa tempat lain seperti Penjara Pudu, Bukit Tunku di Kuala Lumpur, Istana Kellie di Perak serta Lebuh Raya Karak di Pahang.

Artikel Lain